Fesyen Selebriti Di Sekitar Pelancaran Wajah Baru Portal mStar Online

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, April 19, 2014

Nahas Feri Karam: Kapten Pertahankan Pendapat Lambatkan Proses Selamat



MOKPO – Kapten feri Sewol yang karam di kawasan perairan selatan Korea Selatan empat hari lalu, mempertahankan keputusannya melambat-lambatkan proses pemindahan penumpang feri dengan mendakwa tindakan tersebut merupakan satu langkah keselamatan.
Lee Joon-seok, 68, serta dua lagi anak kapalnya ditahan awal pagi ini. Mereka dikritik kerana meninggalkan beratus-ratus penumpang sebaliknya menyelamatkan diri sendiri.
“Ketika kejadian, kapal penyelamat masih belum sampai. Kapal nelayan juga tidak ada berhampiran. Ombak agak kuat ketika itu dan air laut sangat sejuk.
“Penumpang boleh dihanyutkan jika mereka keluar dari feri,” katanya ketika ditanya pemberita tentang tindakannya mengarahkan penumpang supaya terus berada di dalam feri selama 40 minit selepas pengangkutan itu me­ngalami masalah.
Joon-seok yang memakai baju hujan gelap ketika tiba di balai polis, pernah memohon maaf kepada keluarga mangsa sebelum ini.
Dia berdepan lima pertuduhan termasuk cuai melakukan tugas dan melanggar undang-undang maritim, lapor agensi berita Yonhap.
Setakat ini, sebanyak 31 penumpang disahkan maut dengan 273 lagi yang kebanyakannya pelajar sekolah masih hilang dengan 173 berjaya diselamatkan.
Dalam perkembangan bera­singan, ahli keluarga kepada penumpang feri yang masih hilang yang kini ditempatkan di sebuah gimnasium di Jindo, mengkritik cara kerajaan mengendalikan operasi menyelamat itu dengan menuduh pegawai terlibat tidak cekap dan mengambil sikap tidak peduli.
Keadaan di gimnasium itu agak tegang hari ini, apabila seorang lelaki dipercayai ahli keluarga penumpang bertindak meluru ke pentas untuk menumbuk seorang pegawai polis ketika satu taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat disampaikan.
Lelaki tersebut bertindak demikian kerana kecewa dengan tindakan kerajaan yang lambat menyampaikan maklumat kepada mereka.
Kelmarin, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye yang mengunjungi gimnasium itu, menjadi mangsa kemarahan ahli keluarga penumpang yang menjerit meminta penjelasan daripadanya berhubung insiden berkenaan.
Pengawal-pengawal peribadi Geun-hye dilihat agak gugup apabila ibu-bapa yang berang berteriak ke arah Presiden itu dan beberapa pegawai lain yang berdiri di atas pentas gimnasium.
“Apa yang anda lakukan ketika rakyat sedang mati? Masa semakin suntuk!,” teriak seorang wanita ketika Geun-hye ingin bercakap. – AFP
>

Allah Matikan Penentang Hudud – Zul Nordin



Bekas Naib Presiden PERKASA Zulkifli Noordin memberi reaksi yang seolah-olah lega dengan pemergian pemimpin DAP Karpal Singh.Peguam tersebut juga percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal, yang diketahui umum menentang keras pelaksanaan undang-undang Islam itu.“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!,” tulisnya di Twitter.“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
“Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”
Daripada aspek guaman, Zulkifli yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap perginya seorang peguam veteran yang hebat.“Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah!” tulisnya lagi.
Reaksi beliau itu muncul tidak lama selepas berita mengenai nahas yang mengakibatkan kematian Karpal mula menjadi tumpuan pagi ini. Kenyataan beliau itu turut menimbulkan cemuhan pelbagai pihak di media sosial, antaranya ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Menteri tersebut berkata, Zulkifli sebaiknya menutup mulut dan tidak berkata apa-apa.
“Tutup mulut. Sungguh saya kata, tutup mulut,” katanya dalam bahasa Inggeris di Twitter.
Menjawab seorang lagi pengguna Twitter, Khairy berkata beliau juga menyatakan bantahan keras ketika Zulkifli dinamakan sebagai calon BN untuk kawasan parlimen Shah Alam ketika pilihan raya Mei 2013.
“Kita tidak perlukan orang sepertinya,” kata Khairy.
Sementara itu, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengambil peluang ketika merakam ucapan takziah dengan membangkitkan semula kenyataan Karpal yang menyebabkan beliau “hilang rasa hormat” ke atas tokoh DAP tersebut.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, walaupun mendiang dikatakan pejuang keadilan, Karpal sebaliknya didakwa tidak menghormati keadilan dalam Islam.
“Satu perkara yang buat saya hilang hormat pada Karpal ialah bila mendiang tidak menghormati agama Islam dengan mengatakan ‘langkah mayat dia dulu’ sebelum Malaysia jadi negara Islam/atau laksana hukum hudud’.
“Sikap ini amat melampau, tidak hormat agama Islam,” kata presiden NGO itu Datuk Ibrahim Ali.
“Mendiang juga double standard. Ini menyebabkan saya hilang hormat padanya. Takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.
Ibrahim bagaimanapun mengakui Karpal memberikan sumbangan besar mewarnai politik Malaysia dan beliau turut merasakan kehilangannya.
“Akhlaknya lebih mulia daripada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” tambahnya lagi.